Sunday, September 7, 2014

Taubat

Norman Fernandez, former Johor DAP state deputy chairman felt like venting and dropped me a text message.  He had said before that Pas is a danger to non-Muslims and an untrustworthy partner of Pakatan Rakyat.

Seeing the unfolding of the Selangor political mess, Norman said it felt poetic that his prophesy is coming true.

"If Karpal Singh were alive, he would have one word of Hadi Awang --- TAUBAT".

- Norman Fernandez 

DAP SEDARKAH SIAPA SEBENARNYA PAS DAN HADI AWANG.

Semasa pilihanraya umum ke-13, saya sebagai Timbalan Pengerusi DAP Johor telah mengejutkan ramai apabila saya membuat pengumuman terbuka bahawa PAS parti yang tidak boleh dipercayai dan juga menyatakan alasan betapa bahayanya PAS kepada masyarakat bukan Islam. Akibatnya, saya menerima kritikan dari ramai khususnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan ahli-ahli DAP. Malahan, Penasihat Kebangsaan DAP, En.Lim Kit Siang turut memarahi saya dan menyatakan saya tidak wajar menyatakan pendirian saya secara terbuka yang bercanggah dengan parti kerana ia akan memberi tempias kepada DAP dan Pakatan Rakyat.

Melihat kepada kemelut politik yang melanda Selangor dan mengamati tindakan-tindakan PAS sepanjang kemelut yang masih belum selesai ini serta melihat segala semua yang telah dilakukan Presiden PAS Hadi Awang, adalah jelas apa yang saya telah dedahkan tentang PAS dan Hadi Awang kini terbukti benar. Mungkin elok jika pembela-pembela tegar PAS dalam DAP dan Lim Kit Siang meminta maaf kepada saya dan lebih daripada itu merendah dan meminta maaf dari rakyat, khususnya penggundi-penggundi yang telah diyakinkan DAP untuk mengundi PAS.

Lihat sahaja dolak-dalih PAS dalam saga kemelut politik isu memilih Menteri Besar mengganti Khalid Ibrahim. Sepanjang kemelut, saban hari kita disajikan 'flip-flop' PAS dalam mencalunkan calun cadangan PAS. Kita juga telah melihat betapa kentalnya chauvisnisma dan sexisma PAS dan Hadi Awang terhadap wanita. Tetapi, yang menggondol piala ialah tindakan terbaru Hadi Awang yang secara unilateral dan tanpa berbincang atau merujuk kepada Jawatankuasa Tertinggi PAS menghantar nama-nama yang dipilih Hadi Awang sendiri sebagai calun cadangan PAS untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Semua ini perlu membawa satu kesedaran bahawa  Hadi Awang dan PAS sememangnya tidak boleh dipercayai. PAS tidak boleh pakat dan PAS tidak tahu apa maksud Pakatan. Bukankah sebelum ini Hadi Awang yang menjadi kausa retak dan pecah Barisan Alternatif, bukankah Hadi Awang yang mengintai kerajaan perpaduan bersama UMNO biarpun PAS mencapai kemenangan bersama Pakatan Rakyat dan bukankah Hadi Awang yang telah mencampak ketepi Common Policy Platform Pakatan Rakyat. Malahan semua yang dilakukan Hadi Awang menjadikan Pakatan Rakyat sudah menjadi  retak dan hanya menunggu belah.

Kesimpulannya, DAP yang selama ini menjadi apologis untuk PAS dan menjadi pembela tegar Hadi Awang, wajib sekarang menyatakan pendiriannya. Jika DAP masih mahu bersama PAS dan Hadi Awang dan jika DAP masih berdiri teguh bersama PAS dan setia dibelakang Hadi Awang maka DAP mesti bersedia menerima padah dan tempias pengundi di Pilihanraya Umum Ke-14.

*Norman Fernandez adalah mantan Timbalan Pengerusi DAP dan bekas ahli DAP.

1 comment:

  1. You got to be intellectually inert to have confidence in Islamist ideologists. Political Islam is imploding around the world. The Saudi aristocrats are now facing ISIS gangsters greater than their own Wahhabism, out to kill them all.

    ReplyDelete